Raja Salman Abdulaziz. - FOTO AFP
Raja Salman Abdulaziz. - FOTO AFP
Agensi

Riyadh: Raja Arab Saudi yang berusia 86 tahun, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian perubatan.

Penjaga Dua Kota Suci itu dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal di Jeddah pada Sabtu untuk "menjalani beberapa pemeriksaan perubatan" menurut laporan rasmi merujuk kepada kenyataan dari istana diraja.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai keadaan pemimpin itu didedahkan.

Raja Salman menjalani pembedahan kerana masalah hempedu bengkak pada 2020.

Pada Mac lalu, beliau dimasukkan ke hospital bagi menggantikan bateri pada alat perentak jantungnya.

Pada 2017, Arab Saudi menolak laporan dan spekulasi yang semakin meningkat bahawa Raja Salman merancang untuk turun takhta demi anaknya Putera Mahkota Mohammed bin Salman, sebagai kerajaan de facto negara itu.

Di bawah pemerintahannya, Arab Saudi melancarkan pembaharuan ekonomi bagi era pasca minyak dan memberikan lebih banyak hak kepada wanita, sambil melaksanakan dasar luar yang lebih tegas termasuk melancarkan perang di negara jiran Yaman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2022 @ 4:54 PM