BONG Jun-ho ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. FOTO REUTERS
BONG Jun-ho ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. FOTO REUTERS
Reuters

Incheon: Pengarah filem Parasite, Bong Jun-ho disambut dengan tepukan gemuruh di lapangan terbang sekembalinya dari Los Angeles selepas memenangi empat Oscar di Academy Awards yang diadakan baru-baru ini.

Kira-kira 300 wartawan dan peminat menyambut ketibaan Bong di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

“Terima kasih atas tepukan ini. Saya juga akan memberikan tepukan untuk anda semua kerana mengharungi koronavirus (Covid-19) dengan baik.

“Saya juga akan bersama anda semua mengatasi koronavirus dengan membasuh tangan lebih kerap. Saya gembira dapat kembali ke sini,” katanya.

Parasite menjadi filem berbahasa asing pertama memenangi anugerah berprestij dalam sejarah 92 tahun penganjuran acara berkenaan.

Selepas kemenangan itu, pawagam dan stesen televisyen tempatan menyiarkan semula filem berkenaan selain turut memainkan filem lain arahan Bong antaranya "Snowpiercer" dan "Memories of Murder."

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Februari 2020 @ 8:14 PM