PEMAIN Malaysia Farhan Mohd Nor dihalang pemain Arab Saudi sambil diperhatikan jurulatih Datuk Ong Kim Swee. FOTO Rosli Rahmat
PEMAIN Malaysia Farhan Mohd Nor dihalang pemain Arab Saudi sambil diperhatikan jurulatih Datuk Ong Kim Swee. FOTO Rosli Rahmat
Oleh Hamdan Saaid

Incheon: Harapan skuad bola sepak B-23 negara melangkah ke pusingan kedua Sukan Asia Incheon punah selepas tewas 0-3 kepada Arab Saudi pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Goyang, hari ini.

Malaysia, yang memerlukan kemenangan selepas tumpas 0-3 kepada Korea Selatan dan menewaskan Laos 4-0 sebelum ini, gagal mencari jawapan bagaimana menembusi benteng pertahanan lawan yang amat kental. 

Bagaimanapun, ketiadaan pertahanan kiri Zubir Azmi yang dibuang padang seawal minit ke-32 amat dirasai anak buah Datuk Ong Kim Swee pada perlawanan itu. 
Arab Saudi menghasilkan gol menerusi Abdullah Al-Hafith pada minit ke-55, Majed Kanabah pada minit ke-72 dan Ahmed Al-Shehri tujuh minit sebelum tamat.

Di Guangzhou empat tahun lalu, Malaysia mara ke pusingan kedua sebelum tumpas di tangan Iran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 September 2014 @ 8:55 PM