AZIZULHASNI (dua kanan) didapati bersalah memasuki lorong pecut ketika perlumbaan. FOTO Yazit Razali
AZIZULHASNI (dua kanan) didapati bersalah memasuki lorong pecut ketika perlumbaan. FOTO Yazit Razali
Oleh Hamdan Said

Incheon: Kontroversi Sukan Komanwel New Delhi 2010 sekali lagi menimpa jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang yang kecewa dibatalkan pingat perak acara keirin lelaki Sukan Asia di Velodrom Antarabangsa Incheon, hari ini.

Kekecewaan itu menyaksikan Malaysia gagal mengulangi pencapaian 1-2 di Guangzhou 2010 apabila Azizulhasni meraih emas dan Josiah Ng pingat perak.

Azizulhasni didapati bersalah memasuki lorong pecut dalam ulang tayang rakaman perlumbaan oleh komisar selepas mendapat bantahan dan dia diturunkan ke tangga keenam.

Bagaimanapun, Josiah yang menamatkan perlumbaan di tangga keempat dinaikkan ke tangga ketiga dan meraih pingat gangsa.

Acara itu dimenangi pelumba Iran, Mohamad Daneshvarkhourram manakala pelumba Jepun, Kazunari Watanabe yang menduduki tangga ketiga menerima pingat perak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 September 2014 @ 8:07 PM