TANAH runtuh akibat hujan lebat di Barat Pokot, Kenya.
TANAH runtuh akibat hujan lebat di Barat Pokot, Kenya.
AFP

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 12 penduduk terbunuh selepas rumah mereka ditimbus tanah runtuh akibat hujan lebat di Barat Pokot, Kenya semalam.

“Setakat ini, 12 mayat sudah ditemui dan operasi menyelamat masih diteruskan,” kata Komisioner Barat Pokot, Apollo Okello.

Menurutnya, pasukan penyelamat berdepan cabaran berikutan hujan lebat, beberapa jalan raya terputus dan jambatan ditutup akibat dibanjiri air sungai melimpah.

Okello berkata, dua mangsa kanak-kanak ditemui dalam keadaan selamat selepas dibawa keluar dari rumah yang ditimbus.

Pihak berkuasa menjangkakan jumlah mangsa maut akan meningkat.

Tanah runtuh tercetus berikutan hujan lebat dan banjir di Afrika Timur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 7:37 PM