MARQUEZ bergelut dengan tahap kecergasan selepas terbabit dalam kemalangan. FOTO AFP
MARQUEZ bergelut dengan tahap kecergasan selepas terbabit dalam kemalangan. FOTO AFP
Reuters

Saxony: Juara dunia lapan kali, Marc Marquez mengalami patah jari telunjuk kiri dan lebam di rusuk akibat kemalangan dalam sesi latihan kedua Grand Prix (GP) Jerman.

"Selepas hanya beberapa pusingan dan cubaan pusingan pantas, (Marc) mengalami kemalangan berkelajuan tinggi di selekoh 11," kata pasukan Gresini Racing.

Walaupun cedera, pelumba Sepanyol itu diisytiharkan layak untuk beraksi dalam sesi kelayakan.

"Persefahaman dengan jentera sangat baik, tetapi jelas kemalangan di sebelah petang memberi kesan besar pada hari pertama di Sachsenring," kata Marquez.

"Saya tidak risau mengenai patah jari, tetapi lebam di kawasan rusuk pasti menyusahkan saya dan juga menghalang saya meneruskan sesi itu.

"Sekarang masa untuk berehat dan esok pagi kita akan lihat keadaan fizikal saya."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Julai 2024 @ 2:40 AM