PASUKAN keselamatan Kenya mengusung mayat seorang mangsa selepas ia ditemui di bawah runtuhan bangunan itu, semalam.
PASUKAN keselamatan Kenya mengusung mayat seorang mangsa selepas ia ditemui di bawah runtuhan bangunan itu, semalam.

Nairobi: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila sebuah bangunan enam tingkat runtuh dalam hujan lebat.

Persatuan Palang Merah Kenya berkata, pasukan penyelamat berjaya menarik keluar seorang mangsa yang masih hidup awal pagi tadi, kira-kira 10 jam selepas kejadian.

“Sepuiluh orang mati selepas bangunan itu runtuh malam tadi (kelmarin). Seramai 121 berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital,” kata ketua polis Nairobi, Japheth Koome.

Timbalan Gabenor Nairobi Jonathan Mueke yang melawat tempat kejadian berkata, siasatan akan dilakukan untuk mengenalpasti punca keruntuhan bangunan yang baru dua tahun dibina itu.

Pihak berkuasa turut mengisytiharkan dua bangunan berhampiran sebagai tidak selamat untuk didiami.

Nairobi mengalami ledakan pembangunan sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, kualiti bahan yang digunakan dan kecepatan pembinaan mencetuskan kebimbangan.

Pertumbuhan kelas pertengahan menyebabkan permintaan terhadap kediaman meningkat mendadak. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 8:30 AM