KENDERAAN penduduk tertimbus dalam hujan ais setinggi 1.5 meter. FOTO Agensi
KENDERAAN penduduk tertimbus dalam hujan ais setinggi 1.5 meter. FOTO Agensi
Agensi

MEXICO CITY: Guadalajara tiba-tiba dilanda hujan batu pagi semalam yang mengakibatkan bandar itu ditenggelami hingga hampir 1.5 meter dan menyebabkan kenderaan termasuk lori serta jalan raya ditimbus.

Kerosakan teruk turut dilaporkan susulan hujan lebat termasuk hujan batu pada jam 1 pagi, Ahad lalu (waktu tempatan), kata pihak berkuasa. Malah di kawasan paling teruk terjejas, hujan batu turut memasuki rumah penduduk.

Anggota keselamatan dan kecemasan dikerahkan sepanjang malam untuk membersihkan jalan, lapor media tempatan.


Sementara itu, Gabenor Enrique Alfaro Ramírez berkata: “Apa yang penting adalah tiada laporan kecederaan atau kematian walaupun keadaan memang terlalu teruk. Saya tidak pernah melihat hujan batu sehingga satu meter menimbus jalan.”

Ketika ribut berlaku, beberapa jalan bertukar menjadi sungai hujan batu malah beberapa pemandu terpaksa diselamatkan dari bumbung kereta mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 @ 8:26 AM