ANTARA kanak-kanak yang terselamat daripada tanah runtuh.
ANTARA kanak-kanak yang terselamat daripada tanah runtuh.
Reuters

MOMBASA: Jumlah mangsa yang terbunuh dalam tanah runtuh di barat laut Kenya kini meningkat kepada 36 orang.

Mangsa termasuk tujuh kanak-kanak, kata jurucakap polis hari ini.

Tanah runtuh akibat hujan lebat semalam menimbus beberapa rumah di Barat Pokot pada waktu malam.

Empat jambatan musnah dihanyut banjir dan kampung Muino terjejas teruk kerana terputus hubungan.

“Penduduk yang disangka hilang ditemui maut. Perkampungan kini dalam bahaya kerana boleh ditenggelami banjir,” kata senator Samuel Poghisio.

Menurutnya, pasukan penyelamat berusaha membantu mangsa terjejas dan lebih 500 kenderaan terkandas akibat tanah runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 11:21 PM