LOGO China Railway Express, unit di bawah China Railway Corporation dilihat di hab kereta api pengangkut di Barking, timur London, pada 2017. FOTO fail AFP
LOGO China Railway Express, unit di bawah China Railway Corporation dilihat di hab kereta api pengangkut di Barking, timur London, pada 2017. FOTO fail AFP
Bernama-Xinhua

Beijing: Sebuah kereta api kargo bertolak dari Beijing menuju ibu kota Rusia, Moscow pada Isnin, menandakan pelancaran perkhidmatan kereta api pengangkut China-Eropah secara tetap dari ibu kota China, lapor Xinhua.

Kereta api pengangkut yang membawa bahan binaan, peralatan elektrik rumah, pakaian dan barangan lain itu berlepas dari hab logistik di Daerah Pinggu di timur laut bandar ini.

Beijing melancarkan kereta api percubaan pertama pada Mac lepas dan lebih banyak persiapan dan penambahbaikan dilakukan sejak itu.

Bermula Isnin, perkhidmatan ini akan dijalankan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

"Produk-produk sebelum ini dihantar ke Wilayah Autonomi Inner Mongolia atau Wilayah Hebei yang berdekatan sebelum menuju ke Eropah," kata Geng Zhanfeng, Timbalan Pengurus Besar Cawangan Utara China Sinotrans.

"Pelancaran perkhidmatan kereta api pengangkutan secara tetap ini membolehkan kami menghantar barangan terus dari Beijing ke Eropah, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 7:37 AM