OPTIMASI aplikasi, Final Cut Pro for iPad dengan perkakas iPad memberi dimensi produktiviti lebih baik.
OPTIMASI aplikasi, Final Cut Pro for iPad dengan perkakas iPad memberi dimensi produktiviti lebih baik.
Muhammad Saufi Hassan


Tugas produktiviti pada ketika ini mementingkan masa, ketahanan perkakas dan integrasi optimum antara aplikasi serta peranti.

Kehendak penyedia kandungan, pembikin bahan kreatif dan sebagainya memerlukan suatu perkakas yang bersifat menyeluruh daripada aspek ekosistem sehingga kepada optimasi aplikasi.

Pada masa sama, ia juga memerlukan peranti berkuasa yang mampu untuk melaksanakan pelbagai tugasan khususnya tugasan kompleks.

Untuk itu, penulis memilih Final Cut Pro (FCP) untuk iPad sebagai aplikasi untuk melaksanakan tugasan suntingan video bersama padanan peranti iPad Air dengan cip M2 yang baru dilancarkan sebelum ini.

SOKONGAN terhadap Apple Pencil Pro memberikan daya kreativiti lebih berbeza kepada pengguna.
SOKONGAN terhadap Apple Pencil Pro memberikan daya kreativiti lebih berbeza kepada pengguna.

Menerusi padanan berkenaan, penulis boleh melaksanakan tugasan produktiviti iaitu penghasilan video dengan suntingan bersama kesan grafik begitu efektif biarpun bahan asal video mempunyai resolusi 4K.

Ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada peranti iPad berkenaan sebaliknya kuasa cip M2 itu memberikan kelicinan untuk semua tugasan termasuk pengubahsuaian animasi secara masa nyata.

Penulis juga tidak terikat untuk melakukan suntingan hanya ditempat tertentu sahaja kerana peranti ini menyokong eSim dan jangka hayat bateri mampu untuk bertahan selama beberapa hari dengan penggunaan paling optimum.

Gabungan perkakas seperti Apple Pencil Pro juga akan memberi nilai tambah dalam melaksanakan tugasan suntingan berkenaan.

Walaupun wujud perbezaan yang agak ketara jika menyentuh soal versi FCP untuk MacBook dan iPad, namun ia menawarkan kelicinan proses yang hampir sama.

PENGGUNA dapat menikmati keupayaan perkakas dan aplikasi secara optimum.
PENGGUNA dapat menikmati keupayaan perkakas dan aplikasi secara optimum.

Penulis hanya memerlukan beberapa ketika untuk membiasakan diri dengan kekunci pintas FCP iPad berkenaan jika dibandingkan dengan versi biasa.

Tetapi, secara keseluruhannya, aplikasi berkenaan masih seronok dan mudah untuk digunakan jika dibandingkan dengan aplikasi lain yang berada di dalam gedung aplikasi.

Gandingan FCP iPad dengan iPad Air M2 itu memberikan kelebihan kepada pengguna yang mementingkan kecepatan masa untuk melakukan suntingan.

Untuk iPad Air M2 bersama kapasiti bateri 100 peratus, pengguna boleh melaksanakan sekurang-krangnya tiga suntingan video tanpa perlu bimbang dengan bateri peranti.

Kecerahan skrin perkakas itu juga memberikan kemudahan kepada pengguna yang mahu melakukan suntingan bahan video atau pemulihan warna.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 6:12 AM