Ray Cromartie akan terima hukuman suntikan maut. FOTO/AGENSI
Ray Cromartie akan terima hukuman suntikan maut. FOTO/AGENSI
Reuters

GEROGIA: Seorang lelaki yang didapati bersalah menembak dan membunuh seorang kerani kedai sambil mencuri dua pek arak bersama dua lelaki lain dalam kejadian lebih 20 tahun lalu, bakal dihukum mati di Georgia, hari ini.

Ray Cromartie, 52, bakal diberi suntikan maut di Penjara Klasifikasi dan Diagnostik Georgia di Jackson kerana menembak mati kerani kedai serbaneka, Richard Slysz pada 1994.

Pada 7 April tahun itu, Cromartie meminjam senapang dari sepupunya dan pergi ke Madison Street Deli di Thomasville sebelum menembak dan mencederekan kerani kedai, Dan Wilson pada mukanya, menurut kertas pertuduhan mahkamah.

Tiga hari kemudian, Cromartie bersama Corey Clark dan Thaddeus Lucas pergi ke Junior Food Store di Thomasville, Georgia untuk mencuri arak. Apabila masuk ke dalam kedai, Cromartie menembak Slysz sebanyak dua kali di kepalanya, kata pendakwa.

Cromartie dan Clark cuba membuka mesin wang tetapi tidak berjaya. Cromartie kemudian mengambil dua pek arak dan melarikan diri.

Cromartie ditangkap tiga hari kemudian. Semasa percubaan, Clark dan Lucas memberi keterangan terhadap Cromartie. Kedua-dua lelaki itu mengaku bersalah di atas pertuduhan lebih rendah.

Sejak disabit kesalahannya, Cromartie memfailkan rayuan berterusan tetapi tidak berjaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 9:23 PM