CLARKE memantau sesi latihan Scotland di Glasgow.  FOTO Reuters
CLARKE memantau sesi latihan Scotland di Glasgow. FOTO Reuters
Agensi

London: Pengurus Scotland Steve Clarke berkata aksi persahabatan menentang England awal pagi Rabu ini menjadi penanda aras terbaik kemajuan dicapai pasukannya.

Scotland semakin hampir mara ke Euro 2024 selepas memenangi kesemua lima perlawanan kelayakan dan meningkat daripada tangga ke-20 ke tangga 30 dunia di bawah kendalian Clarke.

"Sepanjang hidup saya, England berada selangkah di hadapan kami," katanya.

"Kami makin hampir merapatkan jurang dengan mereka dan kami akan ketahui hasilnya Selasa ini (awal pagi Rabu)."

Pengendali Scotland itu menjangkakan aksi kompetitif di Hampden Park walaupun ada pemain yang beraksi di kelab sama bertembung pada saingan antarabangsa.

Dia percaya perlawanan menentang England disusuli menentang Sepanyol dalam saingan kelayakan di tempat lawan dan aksi persahabatan menentang Perancis bulan depan dapat membantu kemajuan pemainnya bagi menghadapi kempen Euro 2024.

Scotland hanya perlukan dua mata daripada tiga aksi terakhir kelayakan untuk mengesahkan tempat ke Kejohanan Eropah namun slot dapat disahkan lebih awal pada Rabu ini jika Norway dan Georgia seri di Oslo.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2023 @ 10:29 PM