MENA Mangal, bekas wartawan ditembak mati di Kabul. FOTO Agensi.
MENA Mangal, bekas wartawan ditembak mati di Kabul. FOTO Agensi.
AFP

KABUL: Bekas wartawan wanita ditembak mati di Kabul semalam, kata pegawai, dalam serangan nekad terbaru yang menggegarkan bandar raya itu.

Mena Mangal dikenali sebagai hos rancangan di beberapa saluran televisyen sebelum meninggalkan bidang kewartawanan untuk menjadi penasihat kebudayaan kepada Parlimen.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi, berkata Mangal ditembak mati di timur Kabul pada siang hari.

Siasatan sedang dijalankan tetapi tiada butiran lanjut diberikan.

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab di atas kematian Mangal, dan tidak diketahui punca wanita itu menjadi sasaran.

Aktivis wanita terkemuka, Wazhma Frogh, berkata Mangal pernah menulis di media sosial berasakan nyawanya terancam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2019 @ 11:14 AM