POLIS Afghanistan mengawasi keadaan selepas letupan berlaku kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan di barat Kabul. FOTO REUTERS
POLIS Afghanistan mengawasi keadaan selepas letupan berlaku kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan di barat Kabul. FOTO REUTERS
Reuters

KABUL: Sekurang-kurangnya 95 orang cedera apabila sebuah kereta meletup di luar balai polis Kabul, pagi ini dan kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Bom meletup selepas sebuah kenderaan dihentikan di tempat pemeriksaan di luar sebuah balai polis, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi.

Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, kebanyakan mangsa adalah orang awam, wanita dan kanak-kanak.

Taliban dalam satu kenyataan berkata, sebuah pusat rekrut diserang salah seorang pengebom bunuh diri.

"Sejumlah besar anggota tentera dan polis terbunuh atau cedera," katanya.

Terdahulu, tentera melakukan serbuan di beberapa kawasan di Kabul dan memusnahkan tempat persembunyian besar militan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 2:56 PM