ANTARA yang cedera dalam kejadian bas dibom di Kabul.
ANTARA yang cedera dalam kejadian bas dibom di Kabul.
Reuters

KABUL: Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala 10 lagi cedera selepas sebuah bas dilekatkan dengan bom magnetik dan membawa kakitangan kerajaan meletup di Kabul, Afghanistan, hari ini.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi, berkata bas itu membawa pekerja dari bahagian lombong dan petroleum.

“Lima terbunuh dan 10 orang cedera,” kata Rahimi.

Bom yang dilekatkan di bawah kenderaan adalah ancaman biasa di Kabul.

Seorang saksi yang berada berdekatan kawasan letupan itu berkata sebuah bas mini terbakar dan dengan mayat bergelimpangan bersama mereka yang cedera.

Tiada kumpulan militan mengakui bertanggungjawab ke atas letupan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Julai 2019 @ 3:27 PM