DeepSpot bakal menjadi kolam paling dalam di dunia.  FOTO/AGENSI
DeepSpot bakal menjadi kolam paling dalam di dunia. FOTO/AGENSI
Agensi

WARSAW: Poland bakal membuka kolam renang paling dalam di dunia yang mempunyai kedalaman 45 meter di bandar Msxczonow, tahun ini.

Kolam digelarkan sebagai DeepSpot itu memerlukan 8,000 meter kubik air untuk mengisinya dan jumlah itu bersamaan dengan memenuhi 27 kolam renang Olimpik.

Channel News Asia melaporkan kolam itu akan terbuka untuk semua jenis peringkat perenang termasuk atlit dan penyelam profesional.

Selain itu, DeepSpot turut dilengkapi dengan fasaliti lain seperti bilik persidangan, restoran, hotel dan terowong dalam air untuk pengunjung.

Bagaimanapun, DeepSpot akan hanya memegang rekod sebagai kolam renang paling dalam di dunia selama enam bulan sebelum kolam Blue Abyss dengan kedalaman 50 meter di United Kingdom dibuka.

Buat masa ini, rekod itu dipegang kolam menyelam Y-40 Deep Joy di Itali yang mempunyai kedalaman 42 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2019 @ 1:20 AM