AS perlu mencari kemenangan untuk mengelak tersingkir di peringkat kumpulan. FOTO AFP
AS perlu mencari kemenangan untuk mengelak tersingkir di peringkat kumpulan. FOTO AFP
Reuters

Missouri: Amerika Syarikat (AS) akan berdepan Uruguay yang belum tewas esok dan mungkin memerlukan kemenangan untuk mengelak penyingkiran peringkat kumpulan Copa America yang memalukan di laman sendiri.

Kekalahan atau seri menentang juara Copa America 15 kali di Kansas City, Missouri, akan menyebabkan pasukan AS kendalian Gregg Berhalter memerlukan bantuan daripada keputusan dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C antara Bolivia dan Panama untuk mara ke suku akhir.

"Kami percaya mengenai nasib kami dalam kumpulan ini. Ia terdiri daripada pasukan yang kuat. Saya fikir jika kami kekal fokus dan berpegang kepada serta melaksanakan pelan permainan, kami akan baik-baik saja," Berhalter

Selepas dua perlawanan, AS yang mara ke peringkat kalah mati dua kali dalam empat penampilan Copa America, berkongsi tiga mata dengan Panama, tetapi memiliki kelebihan dari segi perbezaan gol.

Keputusan AS menentang Uruguay dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka mesti sepadan atau lebih baik daripada keputusan Panama menentang Bolivia.

Bagi penyokong AS, apa-apa sahaja yang kurang daripada mara ke peringkat kalah mati dua tahun sebelum mereka menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia dengan Mexico dan Kanada bukan sahaja akan memberi tekanan kepada Berhalter tetapi mungkin mendorong penilaian keseluruhan program skuad lelaki.

"Kami perlu pergi dan bermain permainan terbaik dalam hidup kami, dan itu sahaja. Kami mahu mara, kami mahu menang, dan kami mahu meneruskan pertandingan," kata penyerang AS, Christian Pulisic.

Menyukarkan lagi pasukan AS ialah mereka akan beraksi tanpa pemain sayap, Tim Weah, yang memukul kepala pertahanan, Roderick Miller pasukannya tewas 1-2 kepada Panama pada Jumaat lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 11:28 AM