VAN Dijk memikul tanggungjawab atas kekalahan itu, dengan  Depay dan Malen. FOTO AFP
VAN Dijk memikul tanggungjawab atas kekalahan itu, dengan Depay dan Malen. FOTO AFP
AFP

Munich: Kapten Belanda Virgil van Dijk menyeru pasukannya untuk mencari semula 'kemahuan untuk menang' mereka menjelang pertemuan 16 terakhir Euro 2024 dengan Romania, Rabu ini.

Walaupun dibarisi pemain berbakat, Belanda setakat ini bergelut dalam kejohanan itu.

Diundi dalam Kumpulan D bersama Perancis dan Austria yang mengagumkan, Belanda menamatkan saingan di hadapan Poland yang hambar dan layak sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga.

Van Dijk, khususnya, menjadi sasaran kritikan daripada bekas pemain tengah Belanda, Rafael van der Vaart yang menyelar 'persembahan memalukan' menentang Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan.

"Saya mahu dia menunjukkan sedikit semangat," kata bekas pemain main Oranje itu.

Masih dianggap antara pertahanan terbaik di dunia, Van Dijk berusia 32 tahun melakukan kesilapan ketika gol ketiga Austria dalam kemenangan 3-2 yang membolehkan negara Alpine itu mara sebagai juara kumpulan.

"Saya tahu saya boleh melakukan lebih baik dan ia sepatutnya lebih baik," akui Van Dijk, tetapi kapten Belanda itu tidak bersendirian dalam memikul tanggungjawab atas kekalahan itu, dengan Memphis Depay dan Donyell Malen terlepas beberapa peluang.

Pada pusingan 16 terakhir, Belanda akan menentang Romania, yang melakukan kejutan mengungguli Kumpulan E temasuk membelasah Ukraine 3-0, manakala mereka seri dan kalah dalam baki perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 11:44 AM