RABINDRA ADHIKARI
RABINDRA ADHIKARI
AFP

KATHMANDU: Menteri pelancongan Nepal Rabindra Adhikari antara tujuh yang terbunuh selepas helikopter dinaiki terhempas di kawasan berbukit di timur negara itu.

Anggota penyelamat menemui mayat Adhikari, 49, juruterbang dan lima penumpang lain di lereng bukit di Taplejung, tempat helikopter Air Dynasty itu terhempas ketika rombongan mencari lokasi sesuai untuk lapangan terbang baru.

“Mayat menteri sudah ditemui,” kata jurucakap kementerian dalam negeri, Ram Krishna Subedi dalam satu sidang media.

Menurutnya, dua helikopter tentera akan membawa semua mayat berkenaan kembali ke ibu negara, Kathmandu. Punca nahas belum diketahui.

Pasukan mencari dan menyelamat dikerahkan ke tempat kejadian selepas penduduk tempatan memaklumkan melihat api dan asap tebal di lereng bukit kepada pihak berkuasa.

Mayat lain belum dikenal pasti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Februari 2019 @ 7:49 PM