KATHMANDU: Nepal mengesahkan tiada yang selamat dalam nahas tentera udara Amerika Syarikat yang ditemui di kawasan pergunungan perkampungan Ghorthali pada ketinggian 3,400 meter hari ini, selepas ia hilang Selasa lalu.

Setiausaha Pertahanan Nepal, Ishwori Prasad Paudyal, berkata tiga mayat rentung sudah ditemui di kawasan helikopter UH-1YHuey terhempas dan gerakan mencari lima lagi mangsa sedang dilakukan.

Helikopter itu hilang di wilayah Dolakha, timur Nepal ketika menghantar bantuan selepas gempa bumi kedua Isnin lalu.

Nepal menggerakkan 600 tentera mencari helikopter itu yang membawa enam askar marin Amerika dan dua tentera Nepal. Juruterbangnya melaporkan helikopter itu menghadapi masalah bahan api sebelum hilang. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 5:41 PM