GAMBAR hiasan. Pesawat Twin Otter. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. Pesawat Twin Otter. FOTO AFP
AFP

Kathmandu: Sebuah pesawat syarikat persendirian di Nepal, yang membawa 22 orang dilaporkan hilang, pada Ahad.

Difahamkan, pesawat kecil itu dalam perjalanan dari bandar pelancongan Pokhara, kira-kira 200 kilometer dari barat laut ibu negara

Ia menuju Jomsom, bandar di barat negara berkenaan.

Pesawat Twin Otter itu membawa 19 penumpang dan tiga kru.

Menurut laporan media, operasi pesawat itu dikendalikan oleh Tara Air yang lazimnya menggunakan pesawat jenis Twin Otter buatan Kanada.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Phanindra Mani Pokharel berkata, dua helikopter sudah dihantar untuk melakukan operasi pencarian.

Bagaimanapun katanya, jarak penglihatan adalah amat rendah.

"Cuaca buruk dijangka akan mengganggu operasi pencarian. Jarak penglihatan adalah amat terhad sehingga tiada apa yang boleh dilihat," kata Pokharel.

Jomson adalah destinasi pendakian popular di Banjaran Himalaya kira-kira 20 minit dengan pesawat dari Pokhara, di barat Kathmandu.

Nepal, negara yang memiliki gunung tertinggi dunia, mempunyai siri rekod kemalangan membabitkan jaringan laluan domestiknya.

Ia mempunyai cuaca yang berubah-ubah dan landasan yang mencabar di kawasan pergunungan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2022 @ 2:03 PM