GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

SEBUAH helikopter yang membawa menteri pelancongan Nepal terhempas di kawasan gunung timur Nepal, kata pegawai, hari ini, tanpa menyebut nasib penumpang helikopter itu.

Menteri pelancongan Nepal, Rabindra Adhikari, dilaporkan menaiki helikopter syarikat Air Dynasty bersama lima lagi penumpang dari timur Taplejung ke Terathum.

Setiausaha Dalam Negeri, Prem Kumar Rai, berkata pihaknya mengetahui maklumat berkaitan menteri pelancongan itu namun belum menerima berita selanjut mengenainya, katanya kepada pemberita.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Februari 2019 @ 7:14 PM