Singa gunung. - Agensi
Singa gunung. - Agensi
Reuters

Denver: Seorang lelaki yang berjoging di kawasan bukit Gunung Horsetooth di sini, bertarung dengan singa gunung yang menerkamnya sebelum dia membunuh haiwan itu.

Menurut pihak berkuasa, lelaki itu yang tidak dinyatakan identitinya berjoging di laluan joging pergunungan itu yang terletak lebih 100 kilometer dari sini.

Seekor singa gunung yang masih muda menyerangnya dari belakng, menggigit serta mencengkam leher, muka, belakang, kaki dan lengan mangsa.

Kenyataan Jabatan Perlindungan Taman dan Hidupan Liar Colorado (CPW) hari ini, tidak menyatakan bagaimana lelaki berkenaan membunuh singa itu.

Lelaki itu yang dirawat di hospital tempatan mengalami kecederaan agak parah.

Pihak berkuasa menemui bangkai singa terbabit berhampiran trek joging berserta barangan lelaki terbabit.

“Mangsa melakukan apa yang boleh bagi menyelamatkan nyawanya,” kata jurucakap CPW, Mark Leslie.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Februari 2019 @ 5:57 PM