Pemandu teksi membantah perkhidmatan perkongsian ala Uber. FOTO EPA-EFE
Pemandu teksi membantah perkhidmatan perkongsian ala Uber. FOTO EPA-EFE
AFP

SEOUL: Pemandu teksi membakar dirinya sampai mati kerana memprotes perkhidmatan perkongsian kenderaan ala Uber dicadangkan oleh syarikat aplikasi sembang paling popular Korea Selatan.

Pemandu dikenali sebagai Choi, 57, membakar dirinya di depan Parlimen di Seoul selepas mengadu mengenai perkhidmatan perkongsian kenderaan itu, kata polis dan agensi berita Yonhap.

Choi memberitahu pemandu teksi lain, dia mahu membakar dirinya “disebabkan perkhidmatan kongsi kenderaan Kakao,” kata laporan Yonhap memetik kata-kata lelaki terbabit.

Choi menuangkan minyak ke atas badannya ketika duduk dalam kenderaannya sebelum membakar diri.

Polis berkata, dia dibawa ke hospital namun meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Choi adalah pemimpin cawangan kesatuan sekerjanya di Seoul.

Pemandu teksi Korea Selatan lantang memprotes perkhidmatan perkongsian kenderaan dihasilkan KakaoTalk itu kerana dianggap mengancam periuk nasi mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 8:48 PM