Pemandu Ferrari Charles Leclerc
Pemandu Ferrari Charles Leclerc
AFP

Monaco: Pemandu pilihan tempatan Charles Leclerc, mencatat masa terpantas untuk Ferrari mengatasi Lewis Hamilton dari Mercedes sementara Max Verstappen bergelut menyamai kelajuan mereka dalam sesi latihan bebas kedua pada hari Jumaat di Grand Prix Monaco.

Pemandu berusia 26 tahun dari Monaco itu cukup pantas sepanjang hari dengan catatan masa terbaik satu minit dan 11.278 saat, mengatasi Hamilton dengan 0.188 saat.

Fernando Alonso berada di tempat ketiga untuk Aston Martin, menunjukkan pengalamannya dengan prestasi yang cemerlang di litar jalanan yang di tepi Laut Mediterranean ini.

Penyandang juara, Verstappen, hanya di tempat keempat, setengah saat di belakang Leclerc, yang belum pernah menamatkan perlumbaan di podium di jalan raya yang sangat dikenalnya, membuktikan kebimbangannya bahawa Red Bull mungkin menghadapi kesukaran.

"Saya melompat seperti kanggaru dan mengalami sakit kepala," keluh pemandu Belanda itu.

Lando Norris, pemenang perlumbaan F1 pertamanya di Miami tiga minggu lalu, berada di tempat kelima untuk McLaren di hadapan Carlos Sainz yang membawa jentera Ferrari.

Alex Albon berada di tempat kesembilan untuk pasukan Williams yang semakin meningkat dan George Russell di tempat ke -10 mewakili Mercedes , menamatkan sesi dengan mengeluh tentang masalah stereng.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 8:33 AM