REAKSI Verstappen di atas podium di Monte Carlo. FOTO AFP
REAKSI Verstappen di atas podium di Monte Carlo. FOTO AFP
AFP

Monaco: Max Verstappen mempamerkan pemanduan mantap untuk menjuarai Grand Prix Monaco hari ini selepas pemandu Ferrari, Charles Leclerc menarik diri sebelum perlumbaan akibat masalah mekanikal.

Carlos Sainz dari Ferrari menduduki tempat kedua manakala pemandu McLaren, Lando Norris ketiga.

Bintang Red Bull, Verstappen merampas kedudukan pendahulu carta kategori pemandu selepas pemandu harapan Mercedes, Lewis Hamilton hanya menduduki tempat ketujuh.

"Kemenangan ini sangat istimewa. Podium pertama saya di sini. Saya berjaya mengawal situasi walaupun ada sedikit masalah,'' kata Verstappen.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 11:21 PM