KNOX berjaya mempamerkan permainan mantap di Klasik Mayakoba. FOTO AFP
KNOX berjaya mempamerkan permainan mantap di Klasik Mayakoba. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Pemain golf Scotland, Russell Knox membenam 30 pukulan di sembilan lubang pertama untuk membolehkannya mencatat enam di bawah par 65 bagi mendahului pusingan pertama Klasik Mayakoba Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) di Mexico.

Knox, yang bermula dari lubang ke-10, mencatat lima birdie pada sembilan lubang pertama dan menambah dua lagi dalam sembilang lubang terakhir bagi memiliki satu kelebihan pukulan berbanding tiga pemain lain.

Dia hanya melakukan kesilapan pada lubang kedua yang menyediakan par empat apabila melakukan bogey.

"Ia mengambil masa untuk beberapa lubang sebelum saya dapat sentuhan namun selepas saya berjaya melakukannya, saya memberikan persembahan terbaik dalam enam atau tujuh lubang.

"Saya memukul bola dengan baik, menghalakan ke fairway dan hasil pukulan sempurna dan kemas ia membuatkan saya lebih agresif," katanya.

Pemain Chile, Joaquin Niemann, Emiliano Grillo dari Argentina dan wakil Amerika Syarikat, Tom Hoge ketinggalan satu pukulan dalam kejohanan terakhir Jelajah PGA 2020 yang berlangsung di Playe del Carmen.

Pencapaian terbaik Knox di Mayakoba adalah muncul naib juara empat tahun lalu selepas kalah dalam saingan playoff.

Dia memburu kejuaraan Jelajah PGA kali ketiga selepas mencatat kejayaan di Kejuaraan WGC-HSBC Champions 2015 dan Kejohanan Travelers 2016.

Beliau juga dua kali meraih kejuaraan Jelajah Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 12:45 PM