NA berjalan di green lubang ke-18 sebagai pendahulu. — FOTO Reuters
NA berjalan di green lubang ke-18 sebagai pendahulu. — FOTO Reuters
Reuters

KEVIN Na bangkit daripada double-bogey pada sembilan lubang terakhir untuk mendahului dua pukulan selepas tiga pusingan pada kejohanan Cabaran Charles Schwab dalam Jelajah PGA AS awal pagi tadi, manakala permainan mantap Jordan Spieth di green menyaksikannya melonjak ke tangga kedua.

Na mengatasi double-bogey pada lubang ke-11 dengan birdie pada lubang ke-13 dalam laluan mencatat satu bawah par 69 di Colonial Country Club, Fort Worth, Texas yang sukar disebabkan cuaca berangin.

Ketika birdie tidak didapati sekerap pusingan kedua dengan 62, Na masih berjaya membenam tiga ketika dia mengumpul sembilan bawah par 201 secara keseluruhan.

“Saya bangkit dengan mengagumkan dan mengekalkan peluang saya,” kata Na kepada CBS Sports, menambah dia terjejas oleh seorang penyokong pada lubang ke-11.

SPIETH melakukan putt pada green lubang kedua Colonial. — FOTO Reuters
SPIETH melakukan putt pada green lubang kedua Colonial. — FOTO Reuters

“Dari fairway, saya pemain yang bagus jadi saya fikir ia berjalan lancar seperti dirancang,” kata Na mengenai Colonial, lapangan yang dianggap antara terbaik buatnya.

Sementara Spieth meneruskan pukulan putt mengagumkan untuk merakam 68 dan berkongsi dengan empat pemain lain dengan tujuh bawah par – pemain Kanada, Mackenzie Hughes (65), pemain Taiwan, Pan Cheng Tsung (68) dan dua pemain AS, Jim Furyk (68) serta Tony Finau (71).

Spieth, pemain pilihan tempatan dan bekas juara, masih bermasalah dengan pukulan bolanya, memukul hanya empat fairway.

“Kawalan kepantasan bola saya amat bagus minggu ini,” kata pemain berasal dari Texas itu kepada Radio Jelajah PGA.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2019 @ 11:29 AM