MATHIEU van der Poel.
MATHIEU van der Poel.
AFP

Paris: Peluang pelumba Alpecin–Deceuninck, Mathieu van der Poel untuk memenangi Jelajah Flanders ketiganya semakin cerah selepas kemalangan dialami pesaing terdekat Wout van Aert.

Van der Poel yang juga juara Flanders 2020 dan 2022 serta naib juara dua kali mengakui cukup optimis mampu memenangi perlumbaan itu selepas kemalangan yang menimpa pesaing utama lain beberapa hari lalu.

Begitupun disebalik ketiadaan pelumba handalan, dia akui sedikit tertekan di mana semua mata kini terarah kepadanya.

"Ini (ketiadaan pelumba ternama lain) memberi lebih tekanan pada bahu saya, dan saya lebih suka apabila pelumba terbaik berlumba," kata pemain berusia 29 tahun itu.

"Mereka telah bersiap sedia selama berbulan-bulan, tiada siapa yang suka melihatnya," katanya.

Sementara itu, pemenang dua kali Tour de France, Tadej Pogacar berkata selepas kejayaan memenangi beberapa gelaran pada musim lalu dia kini hanya mahu menikmati saingan perlumbaan musim ini sebelum bersara.

"Musim lalu banyak kejayaan sudah saya menangi. Saya hanya menikmati saat ini dan cuba memenangi perlumbaan walaupun mungkin tidak dapat muncul juara keseluruhan.

"Namun ia sudah cukup mengembirakan saya sebelum memikirkan soal persaraan selepas habisnya saingan tahun ini atau tahu berikutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2024 @ 1:56 PM