Pidcock (kanan sekali) baru berusia 21 tahun. FOTO Agensi
Pidcock (kanan sekali) baru berusia 21 tahun. FOTO Agensi
Agensi

Belgium: Atlet lumba basikal Britain, Tom Pidcock sekali lagi menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang juara, Mathieu Van Der Poel dan Wout Van Aert di kejohanan Piala Dunia Cyclo-cross.

Pidcock menamatkan saingan satu minit 49 saat di belakang Van Der Poel dan 18s mengekori Van Aert.

Pidcock, 21, akan bersaing dengan Van Der Poel dan Van Aert sekali lagi pada perlumbaan basikal Jelajah Dunia tahun ini bersama pasukan Ineos Grenadiers.

Denise Betsema dari Belanda menjuarai kategori wanita dengan pelumba wanita Britain, Anna Kay di tempat ke-20.

Pelumba Belanda, Lucinda Brand memenangi kejuaraan keseluruhan di Hulst dengan berbaki satu perlumbaan pada 24 Januari ini.

Pidcock, yang mewakili Trinity, di jangka bertanding di perlumbaan peringkat tertinggi buat Ineos musim ini dan dilabelkan pelumba berbakat mampu mengikut jejak Tao Geoghegan Hart yang memenangi Giro d'Italia tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 7:58 PM