Tom Pidcock
Tom Pidcock
Agensi

Belgium: Pelumba Britain, Tom Pidcock menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang juara Mathieu van der Poel dan Wout van Aert pada perlumbaan GP Sven Nys.

Pidcock yang mewakili pasukan Trinity menamatkan perlumbaan 32 saat ketinggalan kepada Van der Poel dan Van Aert dengan 26s, antara dua pelumba basikal berbakat itu.

Pidcock, 21, akan menyertai Van der Poel dan Van Aert dalam acara lumba basikal jalan raya Jelajah Dunia tahun ini bersama pasukan Ineos Grenadiers.

Sementara, Ceylin del Carmen Alvarado dari Belanda memenangi perlumbaan kategori wanita.

Manakala Laura Greenhalgh menduduki tempat terbaik buat pelumba wanita Britain iaitu ke-26.

Pidcock dijangka menjadi sebahagian daripada pasukan yang bertanding di perlumbaan peringkat tertinggi buat Ineos dan diiktiraf bakat yang mampu mengikuti jejak langkah Tao Geoghegan Hart yang memenangi Girod'Italia tahun lalu.

Van der Poel dari Belanda memenangi Tour of Flanders tahun lalu dan pelumba Belgium, Van Aert pula memenangi dua peringkat saingan Tour de France begitu juga pada Milan-San Remo.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 6:50 PM