EVENEPOEL sedia pertahan kejuaraan di Glasgow. FOTO Agensi
EVENEPOEL sedia pertahan kejuaraan di Glasgow. FOTO Agensi
AFP

Glasgow: Remco Evenepoel adalah antara bintang yang berhimpun untuk Kejohanan Berbasikal Dunia di Scotland dengan 13 disiplin termasuk perlumbaan lebuh raya, BMX, basikal bukit dan trek bakal bermula esok.

Penyandang juara lebuh raya dunia lelaki, Evenepoel tiba dalam keadaan baik selepas meraih kejuaraan Klasik San Sebastian buat kali ketiga baru-baru ini.

Pemain Belgium berusia 23 tahun itu tidak mungkin perlu bersaing dengan burung kakak tua di Scotland seperti yang dialaminya pada kejohanan sama tahun lalu di Wollongong.

Dia menejadi sebahagian daripada pasukan ampuh Belgium yang dibantu oleh Wout Van Aert.

Van Aert kali terakhir beraksi sebagai 'sherpa' kepada juara Tour de France, Jonas Vingegaard tetapi meninggalkan perlumbaan pada minggu terakhir berikutan kelahiran anak keduanya.

Seorang lagi pelumba yang perlu diberi perhatian ialah Mathieu van der Poel, yang meletakkan sasaran dalam perlumbaan lebuh raya lelaki sebelum beralih kepada saingan cyclo-cross.

Vingegaard tidak mengambil bahagian kerana memilih untuk berlumba di Vuelta a Espana pada akhir Ogos, tetapi Denmark boleh mengharapkan juara 2019, Mads Pedersen, yang menang di Yorkshire.

Julian Alaphilippe dari Perancis, yang memenangi gelaran 2020 dan 2021, juga berada di sana tetapi agak bergelut untuk prestasi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2023 @ 12:05 PM