Der Poel meraikan kejayaannya muncul juara buat kali kedua Paris-Roubaix. -FOTO AFP
Der Poel meraikan kejayaannya muncul juara buat kali kedua Paris-Roubaix. -FOTO AFP
AFP

Roubaix, Perancis: Mathieu van der Poel memenangi perlumbaan Paris-Roubaix untuk tahun kedua berturut-turut selepas melakukan pemecahan solo sejauh 60 kilometer untuk memenangi perlumbaan yang dikenali sebagai 'Neraka Utara'.

Juara dunia dari Belanda yang berusia 29 tahun itu memenangi Jelajah Flanders minggu lalu melepasi garisan penamat tiga minit lebih awal daripada kelompok pengejar selepas melakukan pemecahan secara solo dalam perlumbaan sejauh 260km termasuk di kilometer ke-57 yang membabit laluan berbatu.

"Ini jauh di luar jangkaan saya, akan ada pesta besar malam ini," katanya.

"Saya berusaha keras di Flanders, tetapi di sini saya benar-benar menikmati kilometer terakhir," kata Van der Poel menerima sokongan ramai sepanjang 50km terakhir.

Menjadi salah seorang pelumba menerima bayaran tertinggi dalam berbasikal, Van der Poel memenangi €30,000 euro (RM154,366) atas usahanya kerasnya itu.

Dia menamatkan perlumbaan itu dengan catatan masa 5 jam 25 minit dan 58 saat dan ia adalah kelajuan purata terpantas dalam sejarah perlumbaan yang kali pertama dianjurkan pada 1896 dan pada edisi ke-121 itu.

"Saya hanya cuba menyukarkan yang lain, itu bukan bertujuan meraih kemenangan atau membuat pemecahan solo, tetapi ia kerana saya mendapat bantuan angin di belakang saya," kata Van der Poel.

Rakan sepasukan Van der Poel dari Belgium, Jasper Philipsen di tempat kedua dan Dane Mads Pedersen dari Lidl-Trek di tempat ketiga yang membabitkan persaingan tiga penjuru yang turut membabitkan pelumba Jerman, Nils Politt dari UAE di barisan hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2024 @ 5:20 AM