PESERTA yang menghadiri program komuniti Kayuhan Ultra Malaysia. -FOTO Ajis Fathan
PESERTA yang menghadiri program komuniti Kayuhan Ultra Malaysia. -FOTO Ajis Fathan
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Komuniti Kayuhan Ultra Malaysia mengambil satu inisiatif mengumpulkan kesemua peserta dari seluruh negara yang baru tamat menyertai perlumbaan di luar negara pada bulan Julai dan Ogos yang lalu.

Menurut Ajis Fathan salah seorang organisasi Kayuhan Ultra Malaysia berkata, tujuan utama program itu diadakan adalah untuk bertukar pandangan serta pengalaman dari mereka yang telah menyertai acara ultra basikal di luar negara yang perlu melepasi ribu kilometer (km) kayuhan sebelum sampai ke garisan penamat.

Katanya, kebanyakan dari mereka yang hadir pernah menyertai perlumbaan di Eropah dan Asean yang memerlukan kekuatan fizikal serta mental yang kuat untuk berada dalam kelompok berkenaan.

"Ada beberapa kategori seperti Transontinental Race (TCR) yang bermula dari Belgium ke Greece dan harus melintasi negara seperti Perancis, Switzerland, Itali, Croatia, Slovenia, Bosnia dan Albania.

"Acara TCR antara perlumbaan yang paling mencabar di dunia dan setakat ini, hanya tiga orang dari Malaysia pernah sertai dan menamatkan kayuhan sejauh 4000 km.

"Ada juga peserta menyertai Paris Brest Paris (PBP) dan mereka perlu menamatkan perlumbaan dalam tempoh 90 jam dan disertai lebih 6000 peserta dari seluruh dunia.

"Untuk Bentang Jawa pula, ia diadakan di Pulau Jawa dan menguji daya tahan peserta yang kerana mereka perlu mendaki jalan berbukit dan agak tinggi selain perlu harungi kayuhan sejauh 1500 km," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2023 @ 4:22 PM