MITCHELL Cheah menggantikan pelumba Austria Nicolas Gruber. FOTO AIZUDDIN SAAD
MITCHELL Cheah menggantikan pelumba Austria Nicolas Gruber. FOTO AIZUDDIN SAAD
BERNAMA

Sepang: Pelumba muda negara Mitchell Cheah berazam mencipta keputusan positif pada pusingan kelima Kejuaraan ADAC Touring Car (TCR) Jerman di Litar Red Bull Ring, Austria hujung minggu ini.

Pelumba berusia 21 tahun yang menggantikan pelumba Austria Nicolas Gruber, teruja untuk bersaing memandangkan dia pernah mencatatkan keputusan cemerlang selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang juara bertahan juga dari Austria Harald Proczyk di litar yang sama, musim lalu.

Gruber tidak dapat beraksi pada TCR Jerman kerana menggantikan Nicky Catsburg dalam perlumbaan FIA-World Touring Car di Hungary yang juga berlangsung hujung minggu ini.

"Saya bersama pasukan ini sudah tiga tahun, dan mereka sangat membantu dalam mendapatkan 'setup' lebih baik untuk setiap perlumbaan yang saya sertai," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum berlepas ke Austria, malam tadi.

Gruber menduduki tangga ketujuh keseluruhan dengan memungut 39 mata selepas empat perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2020 @ 9:23 PM