ATLET kata negara (dari kiri) Nathalia, Naccy dan Lovelly ketika beraksi dalam acara berpasukan wanita Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Sukan Gymnasium Linping hari ini. FOTO Bernama
ATLET kata negara (dari kiri) Nathalia, Naccy dan Lovelly ketika beraksi dalam acara berpasukan wanita Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Sukan Gymnasium Linping hari ini. FOTO Bernama
Aida Adilah Mat

Hangzhou: Hasrat trio kata negara untuk menyumbangkan pingat emas buat negara tidak kesampaian apabila tewas kepada Vietnam pada final kata berpasukan.

Pasukan negara dibarisi Lovelly Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaf dan Niathalia Sherawinnie merangkul perak selepas meraih 39 mata.

Vietnam yang diwakili Nguyen Thi Phuong, Nguyen Ngoc Tram, Luu Thi Thu Uyen mengumpul 42.7 mata untuk membawa pulang emas.

Trio negara sebelum ini turut tewas kepada pasukan Vietnam itu di Kejohanan Asia di Melaka yang menyaksikan Vietnam merangkul perak manakala pasukan negara membawa pulang gangsa.

Untuk rekod acara kata berpasukan kali pertama dipertandingkan di temasya Sukan Asia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2023 @ 6:19 PM