Jenazah suspek kes tembak polis dikebumikan pada jam 12.30 tengahari  di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Jenazah suspek kes tembak polis dikebumikan pada jam 12.30 tengahari di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Mary Victoria Dass

Ulu Tiram: Jenazah penyerang Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lalu sudah dikebumi hari ini di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram di sini.

Jenazah suspek itu tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 12.15 tengah hari.

Pengebumiannya itu hanya dihadiri beberapa penduduk kampung selain pegawai dan anggota polis yang memantau keadaan sekitar.

Bagaimanapun atas faktor tertentu, pengamal media yang hadir bagi membuat liputan dihalang pihak berkuasa dan dinasihati tidak menghampiri khemah yang disediakan.

Ketua Kampung Sungai Tiram Muhamad Mohamed Som, 66, berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Pejabat Kadi Daerah untuk menjarakkan lokasi kubur suspek dengan pusara lain.

Menurutnya, oleh itu pihaknya menyediakan tapak kubur di hujung kawasan tanah perkuburan berkenaan.

Jumaat lalu, dua anggota polis maut selepas Balai Polis Ulu Tiram diserang seorang lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng.

Suspek turut merampas senjata api anggota polis yang dibunuhnya.

Serangan itu turut mencederakan seorang lagi anggota polis, sebelum suspek maut ditembak di lokasi kejadian.

Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 1:46 PM