PEMAIN City bergambar bersama trofi EPL.
PEMAIN City bergambar bersama trofi EPL.
Reuters

London: Tiga puluh tujuh gol diledakkan pada hari terakhir kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam sekali gus mencipta rekod jaringan tertinggi semusim sejak kejohanan bermula pada 1992.

Sebanyak 1,246 gol terhasil dalam 380 perlawanan dengan purata lebih tiga gol setiap perlawanan dan mengatasi rekod terbanyak 1,222 gol pada musim pertama ketika mempunyai lebih dua kelab.

Manchester City mengetuai carta jaringan terbanyak dengan jumlah keseluruhan 96 gol ketika meraih gelaran liga keempat berturut-turut dengan membenam West Ham 3-1 semalam.

Naib juara Arsenal meledak 91 gol manakala Liverpool (86) dan Newcastle United (85) masing-masing merekodkan jaringan terbanyak mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kelab tercorot Sheffield United menamatkan kempen musim ini dengan kekalahan 0-3 di tangan Tottenham Hotspur sekali gus melepaskan 104 gol, rekod baharu EPL.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 1:13 PM