Peserta kayuhan sempena RHB WCE Century Ride. Foto RHB WCE Century Ride.
Peserta kayuhan sempena RHB WCE Century Ride. Foto RHB WCE Century Ride.

Manjung: Seramai lebih 3,000 peserta dalam dan luar negara mengambil bahagian pada acara kayuhan berbasikal anjuran RHB dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bertempat di Plaza Tol Lekir, di sini.

Sebanyak empat kategori dengan jarak kayuhan sepanjang 160 kilometer (km), 90km, 28km dan 14km dipertandingkan pada acara yang julung kali diadakan itu.

Acara pada Ahad disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Paling mencuri perhatian RHB WCE Century Ride membabitkan jarak 160km yang pertama kali diadakan di lebuh raya tertutup di negara ini.

Pelbagai aktiviti dan pameran menarik turut diadakan sepanjang acara sehari itu.

Acara kayuhan menarik penyertaan dikalangan penduduk sekitar Perak malah dimeriahkan dengan kehadiran peserta dari Lembah Klang, Utara selain antarabangsa seperti Argentina, Norway dan Afrika Selatan.

Pengarah Pengurusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB, Mohd Rashid Mohamad dalam kenyataan berkata menerusi acara kayuhan ini pelbagai faedah kesihatan diperoleh dengan mempromosikan senaman rendah impak yang menguatkan otot, mengurangkan risiko pelbagai penyakit dan meningkatkan sistem imun.

"RHB-WCE Century Ride adalah komitmen RHB untuk memperkasakan rakyat Malaysia melalui 'Ride For Good'.

"Kategori-kategori inklusif kami serta laluan berbasikal yang selamat (di lebuhraya tertutup) bertujuan memenuhi keperluan semua orang dari segi kecergasan, umur dan jantina.

"Keyakinan peserta akan menyokong misi kami untuk mempromosikan gaya hidup lebih sihat dan memupuk hubungan komuniti," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix
Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix pula berkata, pihaknya berbangga dengan acara yang dianjurkan seiring Tahun Melawat Perak 2024.

"Buat pertama kalinya, peserta dapat pengalaman baru dengan berbasikal sambil menikmati keindahan pemandangan sepanjang jajaran Lebuhraya WCE, termasuk Seksyen Taiping Selatan WCE 11 yang baru sahaja dibuka.

"Sokongan padu daripada ribuan penunggang basikal dari dalam dan luar negara memberikan inspirasi dan membuktikan semangat perpaduan serta kesukanan.

"Kejayaan penganjuran acara ini menandakan satu pencapaian penting bagi kami sejak pembukaan WCE pada tahun 2019 yang meliputi 3 seksyen di Perak dan satu di Selangor." katanya yang turut berterima kasih kepada rakan kongsi selain mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan acara itu.

Keputusan

90km Wanita

Juara: Ong Siew Kei, 2 jam (j) 9 minit (m) 12 saat (s)

Kedua: Kelly Chong Yee Kuan, 2j 9m 12s

Ketiga: Aisyah Mat Aris, 2j 9m 13s

90km Lelaki Dynamic

Juara: Saiful Bahril Sahidan, 2j 9m 8s

Kedua: Ahmad Huzairi Abu Bakar, 2j 9m 9s

Ketiga: Mohd Hanif Ahmad, 2j 9m 9s

90km Lelaki Legendary

Juara: Hafzi Arifin, 2j 9m 9s

Kedua: Lim See How, 2j 9m 9s

Ketiga: Chan Eng Thye, 2j 9m 11s

90km Lelaki Energetic

Juara: Chiang Jia Cheng, 2j 9m 7s

Kedua: Muhammad Al-Imran Ishak, 2j 9m 9s

Ketiga: Ng Wei Neng, 2j 9m 9s

160km Wanita

Juara: Yeong Zhen Yi, 3j 53m 49s

Kedua: Dagreat Izzura, 3j 53m 53s

Ketiga: Zaleeka Zailan, 3j 53m 58s

KOM: Yeong Zhen Yi, 2j 32m 41s

160km Lelaki Dynamic

Juara: Muhammad Khairul Azizi, 3j 51m 8s

Kedua: Azwan Abdul Malek, 3j 51m 13s

Ketiga: Mohd Zamri Salleh, 3j 51m 36s

KOM: Mohd Zamri Salleh, 2j 31m 47s

160km Lelaki Legendary

Juara: Azizulazli Shaari, 3j 51m 37s

Kedua: Isma Rizuan Mohamad Esa, 3j 51m 38s

Ketiga: Stephen Ong, 3j 53m 48s

KOM: Azizulazli Shaari, 2j 31m 57s

160km Lelaki Energetic

Juara: Abdul Syazwan Abdul Rahman, 3j 51m 35s

Kedua: Azli Najmi Zulkefli, 3j 51m 36s

Ketiga: Wan Muhammad Hamizan, 3j 51m 36s

KOM: Wan Muhammad Hamizan, 2j 32m 2s

160km Corporate

Juara: Seven Cycle Cycling Team

Kedua: Daleko

Ketiga: UiTM

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 1:29 PM