GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

New York: Kajian terbaru ahli biologi evolusi Dr Dustin Marshall dan pasukannya menawarkan maklumat baharu mengenai keperluan tenaga untuk ibu yang hamil, lapor New York Times.

Dalam kajian yang diterbitkan pada Khamis dalam Journal of Science, penyelidik Australia itu menganggarkan kehamilan manusia memerlukan hampir 50,000 kalori diet dalam tempoh sembilan bulan.

Itu bersamaan dengan kira-kira 50 pain aiskrim Cherry Garcia Ben and Jerry dan jauh lebih banyak daripada jangkaan penyelidik.

Anggaran sebelumnya lebih rendah kerana saintis secara amnya menganggap kebanyakan tenaga yang diperlukan dalam kehamilan terkumpul dan disimpan dalam janin yang agak kecil.

Tetapi Marshall, ahli biologi evolusi di Universiti Monash dan pelajarnya mendapati tenaga yang disimpan dalam bayi menyumbang hanya kira-kira 4 peratus daripada jumlah tenaga kehamilan, manakala 96 peratus selebihnya datang dari tubuh ibu itu sendiri.

"Bayi itu sendiri menjadi ralat pembundaran (rounding error)," kata Dr Marshall. "Kami mengambil masa untuk memahami perkara itu."

Penemuan ini muncul hasil penyelidikan Dr Marshall yang sudah lama dijalankan mengenai metabolisme.

Spesies yang berbeza perlu memenuhi permintaan tenaga yang berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 2:09 PM