SIMONE ketika beraksi di sesi kelayakan di Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia di Belgium. FOTO AFP
SIMONE ketika beraksi di sesi kelayakan di Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia di Belgium. FOTO AFP
AFP

Antwerp: Simone Biles mula mempamerkan belangnya di kelayakan di Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia awal pagi tadi, seterusnya melupakan mimpi ngeri di Sukan Olimpik Tokyo.

Bintang Amerika Syarikat (AS) itu menduduki tempat teratas dalam disiplin all-around, melombol, batang titian dan senaman lantai dan nampaknya pasti selesa menambah 25 pingat kejohanan dunia yang terdiri daripada 19 emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Satu-satunya atlet yang berjaya mengatasinya ialah Qiu Qiyuan dari China yang berusia 16 tahun di palang bertingkat.

Secara keseluruhan, Simone memungut 58.865 mata untuk mendahului dua mata mengatasi rakan senegara, Shilese Jones (56.932) dan Jessica Gadirova dari Britain (56.766).

Rebeca Andrade dari Brazil, yang mendapat pendedahan di Sukan Olimpik Tokyo dua tahun lalu, menduduki tempat keempat dengan 56.599 mata.

Satu-satunya kekecewaan Simone datang pada palang bertingkat di mana dia berada di tempat kelima selepas dihukum kerana terjatuh.

"Saya tidak tahu, ia berlaku dalam gimnastik," katanya.

"Anda perlu berfikir dengan cepat supaya tidak melupakan urutannya.

"Saya pulih dengan baik dan itu yang paling penting."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2023 @ 1:10 PM