SIMONE berdepan dengan keadaan yang tidak dijangka di Olimpik Tokyo. FOTO AFP
SIMONE berdepan dengan keadaan yang tidak dijangka di Olimpik Tokyo. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Simone Biles menarik diri dalam dua lagi acara final di Olimpik Tokyo selepas perkara itu disahkan oleh Persekutuan Gimnastik Amerika Syarikat (USAG) sekali gus timbul keraguan mengenai aksinya di temasya berkenaan.

Bintang gimnastik berusia 24 tahun itu hadir ke Tokyo dalam memburu lima emas untuk menyamai rekod terbaik sepanjang zaman (sembilan emas), namun dia menarik diri dalam acara berpasukan dan tidak mempertahankan kejuaraan all around atas alasan masalah kesihatan mental.

Ia menyaksikan Simone, yang memenangi empat emas di Rio 2016, sudah kehilangan dua emas selepas mengambil keputusan menarik diri dalam dua acara hari ini.

"Selepas berunding lebih lanjut dengan kakitangan perubatan, Simone Biles mengambil keputusan menarik diri dari final acara melombol dan palang bertingkat.

"Dia akan terus dinilai setiap hari untuk menentukan apakah akan bersaing di final untuk senaman lantai dan batian titian," kata USAG dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, Simone berkata, dia bergelut dengan masalah mental block yang menyebabkan dia tidak mengambil bahagian sebelum ini di Tokyo.

USAG berkata, MyKayla Skinner akan beraksi dalam acara melombol bersama Jade Carey.

"Kami tetap kagum pada Simone, yang terus menangani situasi ini dengan keberanian dan semua atlet yang sentiasa bersedia dengan keadaan yang tidak dijangka ini," kata USAG

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Julai 2021 @ 11:51 AM