CALON top 5 AIS HM bergambar dengan kereta yang akan dimenangi Ikon Sukan Terbaik dan pengundi bertuah. FOTO AIZUDDIN SAAD
CALON top 5 AIS HM bergambar dengan kereta yang akan dimenangi Ikon Sukan Terbaik dan pengundi bertuah. FOTO AIZUDDIN SAAD
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro (HM) bukan saja menyediakan durian runtuh buat atlet cemerlang, malah turut memberi peluang kepada peminat dan pembaca untuk memenangi sebuah kereta mewah.

Hadiah lumayan kereta elektrik Appollen A2 (coupe 3 pintu) yang bernilai RM112,000 itu peluang terbaik buat peminat untuk memiliki kenderaan idaman itu.

Bagi memudahkan pemenang bertuah dipilih, peminat dan pembaca perlu mengundi atlet pilihan mereka yang tersenarai dalam senarai akhir lima terbaik (top 5).

Selain perlu menghantar undian sebanyak mungkin, pemenang akan dinilai berdasarkan pengundi paling kreatif yang mengundi melalui akhbar Harian Metro.

Antara contoh kreativiti boleh dihantar seperti kad gergasi, rekaan rumah unik menggunakan kad board dan pelbagai lagi mengikut kebijaksanaan pengundi bagi memikat hati penganjur.

Kriteria kedua adalah memilih slogan paling kreatif seperti terdapat dalam keratan akhbar Harian Metro dan semuanya perlu dihantar sebelum 25 Disember ini.

Selain memenangi sebuah kereta, pemenang akan menerima langganan e-paper Harian Metro selama setahun.

Pemenang dalam kalangan peminat itu akan diumumkan pada malam kemuncak AIS yang bersiaran secara langsung di saluran televisyen, TV9, termasuk saluran YouTube TV9 dan Harian Metro serta laman web AIS di www.hmetro.com.my/ais, pada 8.30 malam, 8 Januari nanti.

Malam kemuncak AIS HM bakal menobatkan Ikon Sukan Terbaik yang dipilih dalam kalangan calon Top 5 membabitkan lapan kategori iaitu Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru, Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru, Ikon Sukan Paralimpik, Ikon Sukan Jurulatih, Ikon Sukan Persatuan/Kelab, Ikon Sukan Kepimpinan, Ikon Sukan Harapan dan Ikon Sukan Pempengaruh.

Proses undian peringkat kedua bagi finalis setiap kategori sudah bermula pada 1 Disember lalu dan akan berakhir pada 25 Disember ini.

Undian boleh dibuat menerusi pembelian akhbar Harian Metro dan di laman web AIS HM www.hmetro.com.my/ais.

Penilaian untuk pemenang akan berdasarkan 50 peratus undian melalui akhbar Harian Metro dan atas talian manakala 50 peratus lagi penilaian daripada juri profesional.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2022 @ 6:40 PM