TIMBALAN Pengarah Urusan Kumpulan,Media Prima Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Omnia, Datuk Michael Chan,(enam kiri), Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Ikon Sukan Harian Metro, Husain Jahit, (empat kanan) bersama tetamu atlet kebangsaan bergambar pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media Anugerah Ikon Sukan Harian Metro di Balai Berita. Turut hadir Ena Suhaila Abas, Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, 2 November lalu. FOTO Hasriyaysah Sabudin

Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Kehangatan Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro semakin dirasai dengan peminat sukan berlumba-lumba membuat undian kepada ikon sukan kegemaran masing-masing.

Dengan pelbagai platform undian yang disediakan, peminat sukan mempunyai pilihan untuk memulakan 'gerak kerja' agar atlet kegemaran mereka berjaya menjulang trofi AIS.

Antara platform undian yang disediakan ialah menekan butang Like Facebook Gardenia yang terhad kepada 1 undian sahaja boleh dibuat sepanjang tempoh undian.

Cara undian di Facebook Gardenia adalah dengan klik butang 'Like Facebook Gardenia' dan pilih kategori dan ikon sukan pilihan anda dan klik 'LIKE HALAMAN FACEBOOK' seterusnya, tekan butang 'Like' Facebook Gardenia menggunakan Facebook anda.

Selain melalui laman sosial Facebook, peminat juga boleh Follow Instagram Gardenia dan melakukan pembelian Gardenia Breakthru.

Selain kaedah itu, terdapat cara lain dengan peminat boleh membeli Gardenia Breakthru untuk mengumpul mata tambahan sebanyak 20 mata lagi untuk memilih calon ikon sukan kegemaran anda bagi dinobatkan selaku pemenang.

Dengan setiap penyertaan, pengundi berpeluang memenangi barangan eksklusif daripada Gardenia Breakthru setiap minggu.

Ikon sukan yang meraih jumlah undian peminat dan markah juri profesional paling tinggi akan dinobatkan dengan anugerah Ikon Sukan Terbaik, dan akan diumumkan pada malam kemuncak AIS yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun 2023, malah akan disiarkan secara langsung di saluran TV9.

Proses undian anugerah AIS akan dibahagikan kepada dua pusingan. Undian pusingan peringkat pertama sudah bermula pada 30 Oktober lalu dan akan berakhir pada 20 November ini. Pada peringkat ini, undian adalah berdasarkan kepada calon 20 terbaik AIS bagi setiap kategori dan proses undian dilakukan 100 peratus oleh pembaca dan peminat.

Manakala undian pusingan peringkat kedua, yang akan bermula pada 5 Disember sehingga 25 Disember ini, membabitkan undian untuk calon lima terbaik AIS bagi setiap kategori. Pada peringkat ini, proses pemilihan pemenang bagi setiap kategori adalah berdasarkan 50 peratus penilaian juri profesional, dan 50 peratus lagi daripada undian pilihan peminat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2022 @ 6:23 PM