ATLET kebangsaan, (kanan) Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Farah Ann Abdul Hadi, Goh Liu Ying, Nor Sarah Adi. Mohd Al Jufferi Jamari dan Nur Aiman Mohd Zariff pada majlis pelancaran dan sidang media Anugerah Ikon Sukan Harian Metro di Balai Berita, 2 November lalu. FOTO Hasriyaysah Sabudin
ATLET kebangsaan, (kanan) Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Farah Ann Abdul Hadi, Goh Liu Ying, Nor Sarah Adi. Mohd Al Jufferi Jamari dan Nur Aiman Mohd Zariff pada majlis pelancaran dan sidang media Anugerah Ikon Sukan Harian Metro di Balai Berita, 2 November lalu. FOTO Hasriyaysah Sabudin
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Tinggal lapan hari buat peminat untuk mengundi atlet kesayangan masing-masing-masing bagi Anugerah Ikon Sukan (AIS) tatkala atlet juga tidak henti-henti berkempen di akaun media sosial masing-masing.

Turut berkempen di Insta Story ialah pemegang rekod kebangsaan 100 meter, Azeem Fahmi yang menyeru peminatnya untuk melakukan undian.

"Sini ya link kalau korang nak vote ikon sukan pilihan hati korang," kata Azeem sambil berkongsikan link www.hmetro.com.my/AIS.

Sementara itu, pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari turut menyeru peminatnya di akaun Facebook, Tuah Taat untuk melakukan undian semalam.

"Assalamualaikum semua selamat pagi dan salam jumaat.Hari ini korang dah undi saya ke untuk anugerah AIS? Undi la saya MOHD AL JUFFERI BIN JAMARI Silat," katanya yang turut merangkul kejuaraan dunia di Melaka tahun ini.

Kedua-dua Azeem dan Al Jufferi dicalonkan dalam kategori atlet lelaki terbaik dan berpeluang untuk meraih anugerah utama jika tersenarai dalam lima calon undian terbanyak bagi peringkat pertama.

Pada peringkat ini, undian berdasarkan kepada calon 20 terbaik AIS bagi setiap kategori dan proses undian dilakukan 100 peratus oleh pembaca dan peminat.

Manakala undian pusingan peringkat kedua, yang akan bermula pada 5 Disember sehingga 25 Disember ini, membabitkan undian untuk calon lima terbaik AIS bagi setiap kategori.

Proses akhir pemilihan pemenang bagi setiap kategori adalah berdasarkan 50 peratus penilaian juri profesional, dan 50 peratus lagi daripada undian pilihan peminat.

Terdapat pelbagai platform disediakan untuk mengundi atlet kesayangan antaranya undian di Facebook Gardenia adalah dengan klik butang 'Like Facebook Gardenia' dan pilih kategori dan ikon sukan pilihan anda dan klik 'LIKE HALAMAN FACEBOOK' seterusnya, tekan butang 'Like' Facebook Gardenia menggunakan Facebook anda.

Selain melalui laman sosial Facebook, peminat juga boleh Follow Instagram Gardenia dan melakukan pembelian Gardenia Breakthru.

Peminat sukan yang ingin mengundi ikon sukan kegemaran masing-masing untuk Anugerah Ikon Sukan (AIS) juga boleh berbuat demikian dengan pilihan melanggan akhbar digital Harian Metro.

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah peminat perlu melayari portal Harian Metro ePaper untuk melanggan akhbar digital Harian Metro.

Peminat juga boleh mendapatkan borang undian AIS di dalam akhbar Harian Metro atau boleh mengundi melalui www.hmetro.com.my/AIS.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2022 @ 7:09 PM