BEREGU wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah tersenarai untuk kategori Anugerah Ikon Sukan Wanita.
BEREGU wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah tersenarai untuk kategori Anugerah Ikon Sukan Wanita.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Hampir 100,000 undian sudah diterima membabitkan ikon sukan kegemaran masing-masing untuk Anugerah Ikon Sukan (AIS) sekarang.

Jumlah berkenaan dijangka semakin meningkat apabila tempoh pengundian membabitkan 20 atlet bagi setiap kategori dipertandingkan melabuh tirai pada 20 November ini.

Menerusi lapan kategori dipertandingkan itu sudah tentu Ikon Sukan Lelaki dan Wanita Breakthru terus mendapat perhatian peminat sukan tanah air bagi memilih siapa yang layak berada dalam kelompok lima terbaik.

Namun, perlu diingatkan terdapat kategori lain yang juga memerlukan undian orang ramai antaranya Ikon Sukan Paralimpik, Ikon Sukan Harapan, Ikon Sukan Kelab/Persatuan dan Ikon Sukan Kepimpinan.

Orang ramai juga boleh memilih Ikon Sukan Jurulatih dan Ikon Sukan Pempengaruh dengan keputusan akhir akan diketahui hujung bulan ini.

Pada peringkat ini, undian berdasarkan kepada calon 20 terbaik AIS bagi setiap kategori dan proses undian dilakukan 100 peratus oleh pembaca dan peminat.

Manakala undian pusingan peringkat kedua, yang akan bermula pada 5 Disember sehingga 25 Disember ini, membabitkan undian untuk calon lima terbaik AIS bagi setiap kategori.

Proses akhir pemilihan pemenang bagi setiap kategori adalah berdasarkan 50 peratus penilaian juri profesional, dan 50 peratus lagi daripada undian pilihan peminat.

Sudah tentu, atlet yang tersenarai adalah daripada mereka yang banyak mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa selain turut cemerlang dalam sukan masing-masing.

Oleh itu, semakin banyak undian diterima peluang untuk mereka berada dalam lima terbaik cukup cerah seterusnya memenangi hadiah yang ditawarkan.

Terdapat pelbagai platform disediakan untuk mengundi atlet kesayangan antaranya undian di Facebook Gardenia adalah dengan klik butang 'Like Facebook Gardenia' dan pilih kategori dan ikon sukan pilihan anda dan klik 'LIKE HALAMAN FACEBOOK' seterusnya, tekan butang 'Like' Facebook Gardenia menggunakan Facebook anda.

Selain melalui laman sosial Facebook, peminat juga boleh Follow Instagram Gardenia dan melakukan pembelian Gardenia Breakthru.

Peminat sukan yang ingin mengundi ikon sukan kegemaran masing-masing untuk Anugerah Ikon Sukan (AIS) juga boleh berbuat demikian dengan pilihan melanggan akhbar digital Harian Metro.

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah peminat perlu melayari portal Harian Metro ePaper untuk melanggan akhbar digital Harian Metro.

Peminat juga boleh mendapatkan borang undian AIS di dalam akhbar Harian Metro atau boleh mengundi melalui www.hmetro.com.my/AIS.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2022 @ 6:47 PM