PEMAIN tenis remaja, Carlos Alcaraz merangkul kemenangan ke-40 pada tahun ini dan kini menduduki lima kelompok pemain terbaik dunia. FOTO REUTERS
PEMAIN tenis remaja, Carlos Alcaraz merangkul kemenangan ke-40 pada tahun ini dan kini menduduki lima kelompok pemain terbaik dunia. FOTO REUTERS
AFP

Umag, Croatia: Pemain tenis remaja, Carlos Alcaraz mencipta kemenangan ke-40 pada tahun ini apabila menewaskan Norbert Gombos dari Slovakia, 6-2, 6-3 ketika memulakan misi mempertahankan gelaran Terbuka Umag, hari ini.

Pemain sensasi Sepanyol itu menjuarai kejohanan di gelanggang tanah liat di Croatia itu pada 2021 dan dia kembali tahun ini sebagai pemain termuda berada dalam ranking lima terbaik dunia selepas Rafael Nadal pada 2005.

Sejak menewaskan Richard Gasquet di final tahun lalu, Alcaraz, 19, menang empat lagi kejohanan termasuk gelaran Masters di Miami dan Madrid.

Kemenangan hari ini amat bermakna selepas dia tewas mengejut di final Terbuka Hamburg menentang Lorenzo Musetti, hujung minggu lalu.

Alcaraz yang kini memiliki rekod 25-3 di gelanggang tanah liat musim ini, akan berdepan pemain Argentina, Facundo Bagnis, esok untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2022 @ 12:09 PM