ALCARAZ bakal bergelar pemain nombor satu dunia jika menjuarai Terbuka Madrid. FOTO Reuters
ALCARAZ bakal bergelar pemain nombor satu dunia jika menjuarai Terbuka Madrid. FOTO Reuters
AFP

Madrid: Juara bertahan, Carlos Alcaraz melangkah ke separuh akhir Terbuka Madrid selepas meraih kemenangan straight set ke atas Karen Khachanov manakala Iga Swiatek turut mara ke peringkat empat terbaik.

Juara Terbuka Amerika Syarikat yang berusia 20 tahun pada Jumaat lalu itu bangkit daripada defisit 4-1 dan 5-2 di set kedua untuk menewaskan pemain di ranking ke-12 Khachanov, 6-4, 7-5.

"Memenangi perlawanan ini akan memberikan saya lebih keyakinan, Karen berada pada tahap yang hebat dan membawa saya ke tahap tertinggi" kata pemain nombor dua dunia Alcaraz.

"Ia, saya sangat-sangat gembira dapat melepasi pusingan ini."

Pilihan utama itu menang dalam masa satu jam 52 minit dan seterusnya akan menentang Borna Coric dari Croatia yang menewaskan pemain Jerman Daniel Altmaier 6-3, 6-3.

"Ia agak sukar. Set pertama juga, lawan bermain dengan baik," tambah Alcaraz yang melebar rekodnya di gelanggang tanah liat tahun ini kepada 17 kemenangan berbanding satu kekalahan.

Jika Alcaraz berjaya menjulang trofi pada hari kejuaraan itu, dia akan dapat memintas Novak Djokovic dari kedudukan teratas ranking dunia yang hanya akan bermain perlawanan di Terbuka Itali di Rom minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2023 @ 12:26 PM