AKSI Vingegaard pada peringkat terakhir ujian masa TdF. -FOTO EPA
AKSI Vingegaard pada peringkat terakhir ujian masa TdF. -FOTO EPA
AKSI Vingegaard pada peringkat terakhir ujian masa TdF. -FOTO EPA
AKSI Vingegaard pada peringkat terakhir ujian masa TdF. -FOTO EPA
VINGEGAARD juara TdF 2022. -FOTO EPA
VINGEGAARD juara TdF 2022. -FOTO EPA
AFP

Rocamadour, Perancis: Juara baru Tour de France (TdF) Jonas Vingegaard menegaskan bahawa dia dan seluruh pasukan Jumbo-Visma berlumba dalam keadaan 'bersih'.

Vingegaard dinobatkan sebagai juara di Paris di mana dia akan menyarung jersi kuningnya sebagai juara keseluruhan dan diiringi dengan jersi polka-dot, raja bukit.

Manakala rakan sepasukan Wout van Aert akan menyarung jersi hijau sebagai raja pecut di mana pelumba Belanda itu turut meraih enam kemenangan peringkat.

Selepas tamatnya peringkat terakhir ujian masa individu awal pagi tadi, Vingegaard terus diminta mengulas mengenai kejayaan pasukannya.

Tanpa rasa teragak-agak dia terus menjawab.

"Kami semua benar-benar bersih, saya boleh katakan itu untuk setiap daripada kami. Saya boleh terus beritahu anda," kata pelumba kelahiran Denmark itu.

"Kami semua adalah pasukan Belanda pertama yang melakukan ini dalam tempoh 43 tahun dan saya bangga dengan setiap pelumba dalam pasukan."

Dia kemudiannya menambah: "Kami melakukan kem altitud, kami mempunyai makanan yang baik, latihan terbaik, kami melakukan segala-galanya yang terbaik dan itulah sebabnya pasukan saya menang."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2022 @ 11:00 AM